Selasa, 27 Oktober 2015

EMPLOYABILITY SKILLS MODUL 9 : MENETEPKAN OBJEKTIF DAN MATLAMAT

MAKLUMAT
1.      Definisi matlamat
·         Malamat adalah yang menunjukkan keadaan sesuatu perancangan atau hasil yang dicapai apabila sesuatuperlakuan dapat diselesaikan
1.1. Menetapkan prestasi, bukannya hasil matlamat
·         Garis panduan yang bersesuain:
a)      Pernyataan positif: nyatakan matlamat anda secara positif.
1.2. Menetapkan prestasi, bukannya hasil matlamat.
·         Kita harus berhati-hati untuk menetapkan matlamat kerana ini sangat penting. Selain itu, jika matlamat gagal ia akan melemahkan semangat untuk mencapai matlamat peribadi.
·         Anda boleh mengawal pencapaian matlamat dan berpuasa hati jika anda menyandarkan matlamat kepada prestasi atau kemahiran serta pengetahuan.
·         Terdapat kesilapan besar jika anda mendapatkan ganjaran daripada rakan sekerja kerana pada mula factor ini sangat baik tetapi anda tidak akan mencapai matlamat yang lebih baik.

1.3. Menetapkan matlamat khusus.
·         Menetapkan matlamat yang boleh diukur dan mencapai semua syarat – syarat matlamat tersebut supaya anda berasa yakin dan selesa.

1.4. Menetapkan matlamat yang realistik.
·         Matlamat yang tidak realistic ialah disebabkan oleh orang, maklumat yang tidak mencukupi, sentiasa mengharapkan prestasi terbaik dan kurang rasa hormat terhadap diri sendiri.

1.5.Menetapkan matlamat yang terlalu rendah.
a)      Perasaan takut atau kegagalan.
·         Tidak akan mengambil risiko yang diperlukan untuk prestasi yang optimum jika mempunyai perasaan takut akan kegagalan.
b)      Mengambil jalan mudah
·         Untuk mencapai sesuatu kejayaan anda perlu bersedia dan bekerja keras
           
1.6. Menetapkan matlamat di tahap yang betul.
·         Anda akan dapat menetapkan matlamat dengan betul berdasarkan kemahiran yang diperolehi.
·         Perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu yang realistik.
·         Perlu mengambil kira faktor peribadi seperti keletihan dan perlu berehat.
1.7. Memikirkan matlamat secara terperinci.
·         Perlu mengajukan soalan seperti berikut untuk mencapai matlamat.
a.       Apakah kemahiran yang saya perlukan untuk mencapai matlamat ini?
b.      Apakah maklumat dan pengetahuan yang saya perlukan ?
c.       Apakah bantuan atau kejasama yang saya perlukan?
d.      Apakah sumber yang saya perlukan?
e.       Apakah yang boleh menghalang sesebuah kemajuan?
f.       Adakah saya sedang membuat andaian?
g.      Adakah terdapat cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu?

2.      DEFINISI OBJEKTIF
·         Objektif adalah satu kenyataan tentang apa yang akan dilakukan dan perlu dinyatakan dari segi keputusan.
·         Bantuan utuk membina objektif ialah (SMART)
·         Specific (khusus)
§  Objektif yang dibina hendaklah khusus dengan satu keputusan sahaja.
·         Measurable (boleh diukur)
§  Sesuatu objektif perlulsh boleh diukur.
·         Attainable (boleh dicapai)
§  Sesuatu objektif mestilah realistic dan boleh dicapai melalui sumber yang sedia ada.
·         Result-oriented (berpaksikan keputusan)
§  Sebuah objektif perlu menjadi sebuah matlamat penting.
·         Time-limited (masa yang terhad)
§  Objektif mestilah boleh dikesan.

2.1.Penulisan objektif yang bermakna
·         Berguna semasa menulis objektif.
a.      Mulakan dengan sesuatu tindakan atau pencapaian kata kerja.
b.      Kenal pasti hasil tunggal utama bagi setiap objek.
c.       Nyatakan anggaran tarikh siap.
d.      Pastikan matlamat yang ditetapkan adalah sesuatu yang boleh dikawal.
e.      Kesahihan matlamat SMART , Tanya soalan berikut dengan diri anda.
ü  S = Apakah matlamat saya yang sebenarnya ?
ü  M = Apakah bentuk kerja yang baik ?
ü  A = Adakah matlamat saya boleh dicapai ?
ü  R = Adakah matlamat saya bermakna ?
ü  T = Adakah matlamat saya boleh berkesan ?

# OBJEKTIF : untuk (+kata kerja + penetapan matlamat + tarikh akhir)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan