Network Layer
Dalam layer ni, frame akan ditambah dengan Header. Header ni mengandungi alamat destinasi iaitu MAC address. Setiap peralatan mempunyai MAC address. Dengan adanya alamat destinasi, baru la boleh buat proses routing. Proses routing ni adalah proses penghalaan. Proses ini juga akan menentukan data akan dihantar kepada destinasi yang betul.contohnya supplier baju melayuyang di hantar menggunakan lori. Kepala lori tu sebagai Header frame dan badan lori yang di’isi dengan baju melayu tu pula adalah frame. Cuba bayangkan kalau kepala lori tu tanpa driver, agak-agak lori tu boleh bergerak dan hantar baju melayu kepada customer tak? Memang tak la. Jadi disini perlunya driver yang tahu alamat customer tersebut. Sama la juga macam header yang ada MAC address tadi. Proses routing akan dibuat sekiranya tahu alamat destinasi iaitu MAC address ataupun IP address. Kalau tak ada alamat, barang sepatutnya hantar ke sebelah pulau pinang tak pasal-pasal sampai ke pulau jawa. Kesimpulannya, dalam layer ni akan berlaku penambahan header pada frame dan seterusnya proses routing.
Komponen dalam Network Layer:
Brouter ( Bridge Router)
Router
Frame Relay Device
ATM Switch (Asynchronous Transfer Mode)
Advanced Cable Tester
Protocol dalam Network Layer:
OSPF,ICMP,ARP,RIP
IPX
DECnet
DDP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan