Data Link layer berada diantara Physical layer dan Network layer. Pada layer ni, data-data yang telah di’code’kan kepada binary code atau dalam bentuk cahaya tadi akan dikumpulkan dalam satu block dipanggil Frame. Dan pada layer ini juga, segala error akan dibetulkan sebelum dihantar ke Network Layer. sebagai contoh supplier baju melayu. Kamu dah ada stock baju melayu yang banyak untuk dihantar. Kamu pun packing dan letak dalam lori. Seorang driver lori ditugaskan untuk hantar baju melayu tadi kepada customer. Driver lori ni tak akan tahu kemana baju melayu tersebut nak dihantar kecuali kamu yang bagitau kepada driver lori alamat customer. Alamat tu adalah Header. Jadi lori tu adalan frame dan baju melayu tu adalah data. Yang mana lagi mudah dan cepat, kamu hantar baju melayu yang banyak beribu riban tu dengan cara hantar satu persatu kepada customer tadi atau kamu letak semua baju melayu yang di’order tu dalam sebuah lori dan hantar sekaligus? Mestilah lagi mudah dan cepat hantar guna lori kan?. Itulah fungsi Data Link layer iaitu melakukan proses encapsulation packet data. Layer ni akan berhubung dengan Physical Layer dan Network Layer. Harap kamu dah faham fungsi layer 1 dan layer 2 setakat ni.
Komponen dalam Data Link Layer:
Bridge
Switch
NIC
Protocol dalam Data Link Layer:
802.3 CSMA/CD
802.4 Token Bus
802.5 Token Ring
802.12 Demand Priority
Tiada ulasan:
Catat Ulasan