Hai? My name is NURUL SYAFIKA BINTI JAAFAR I just Finish on my study at Lahad Datu Colllage Vocational In ICT course still 20 years old hope you are enjoy to read my Blog Thank You :)
Selasa, 3 Februari 2015
tips/panduan penjagaan dan keselamatan komputer riba anda.
Panduan cara untuk menjaga laptop.Laptop pada masa kini sangat popular kerana dengan adanya laptop,tugas kita menjadi lebih cepat dan mudah .Dari segi ketahanan pula,Komputer peribadi(PC) dan laptop adalah berbeza. Laptop boleh dikatakan lebih sensitif dan perlu dijaga dengan berhati-hati. Baiklah dibawah adalah beberapa tips yang anda perlu diketahui untuk menjaga laptop anda.
1. Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.
2. Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).
3. Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.
4. Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)
5. Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
6. Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
7. Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet.
8. Pastikan laptop anda diberikan rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).
9. Jangan meninggalkan laptop anda didalam kereta terutama di Pasaraya atau di kawasan letak kereta awam bagi mengelak kereta anda di Pecah dan laptop anda hilang
10. Sediakan Cable Lock sekiranya anda ingin meninggalkan laptop anda didalam bilik terutama kepada yang berada diasrama bagi mengelak kecurian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan