Isnin, 29 September 2014

Ekspo Pertanian KVLD 2014

Ekspo Pertanian KVLD 2014




Ekspo pertanian KVLD 2014 telahpun melabuhkan tirainya . Pada sabtu dan ahad yang lepas bersamaan 27 dan 28 september, sekolah kami telah menjalankan aktivi ekspo pertanian.Dalam ekspo pertanian tersebut semua kursus yang ditawarkan membuka tapak pameran tersebut.Terdapat juga wakil daripada syarikat luar dan Kolej Pertanian AVTC datang membuat pameran di ekspo pertanian.Sempat juga saya berjumpa dengan Jiran merangkap abang sepupu saya iaitu wakil daripada Kolej Pertanian AVTC.Beliau menerangkan saya serba sedikit mengenai Kolej Pertanian AVTC mereka.Tidak lupa saya mengambil gambar bersamanya yang akan saya lampirkan dalam Blog ini.Saya akan menceritakan mengenai tapak pameran Kursus kami iaitu Sistem komputer dan rangkaian.Kami menawarkan perkhidmatan mencuci gambar.Selain daripada itu,kami juga mengadakan pertandingan Uji kelajuan menaip.Kami menawakan Hadiah kepada pemenang iaitu Hamper.Terdapat 3 pemenang dan 3 pemenang tersebut adalah perempuan,iaitu 2 orang pelajar kolej pertanian AVTC dan seorang lagi guru daripada kursus bioteknologi.Kursus kami menjemput syarikat luar Iaitu syarikat Dynamic untuk bekerjasama.Syarikat tersebut menjual berbagai peralatan komputer seperti external Hard Disk,Pendrive,Mouse,Keybord dan Anti-virus Karspesky.

Kami juga melawat beberapa tapak pameran yang lain seperti Tapak unit bimbingan dan kaunseling yang menjalankan aktiviti seperti Doktor Cinta,Pertandingan memasang puzzle bagi kanak-kanak dan menjual Bunga dan peralatan sekolah seperti pensel.Seterusnya tapak perakaunan,di sana mereka mempamerkan slide show mengenai kursus mereka dan mereka mempamerkan gambar-gambar mereka yang sedang menjalani amali.Di ikuti pula kursus Pemprosesan Hasil pertanian,Mereka menjual ais krim,lekor,burger dan minuman.Mereka merupakan yang berkaiatan dengan Masakan dan pemprosesan.Seterusnya kursus Ruminan,mereka menjual daging lembu,mempamerkan anak lembu mereka dan memberi susu lembu percuma.Seterusnya Kursus poltri,di sana mereka mempemerkan pelbagai jenis ayam,itik dan burung puyuh.Seterusnya kursus landskap, mereka menjual sime fero dengan harga RM230 bagi set yang kecil dan RM280 bagi set yang besar.Diikuti kursus seterusnya iaitu kursus Hortikultur Hiasan,mereka menjual pelbagai jenis pokok dan bunga.Seterusnya kursus Akuakultur yang memenangi hadiah tapak pameran yang tercantik.Kursus ini mampamerkan dan menjual ikan air tawar dan ikan hiasan.Seterusnya kursus Agroindustri Tanaman.Mereka menjual buah-buah serta sayur-sayuran yang mereka tanam dan mempamerkan truck yang mereka gunakan semasa di ladang.Seterusnya kursus terakhir iaitu kursus mekanisasi Agro yang memaparkan slide show dan mempamerkan peralatan yang mereka gunakan serta truck yang telah mereka perbaiki.

Pada hari ahad pula,terdapat pertanding Auto Show sound blast di tapak perhimpunan.Kereta yang dipamerkan sungguh menarik perhatian pengunjung yang datang ke ekspo pertanian ini.Di samping pameran tersebut terdapat juga persembahan yang berlangsung iaitu Tarian kpopp dan senam aerobik.Walaupun penat kami tetap menjalankan segala aktiviti yang disediakan.Terdapat beberapa lagi aktiviti yang dijalankan semasa Ekspo pertanian tersebut.Kami sedikit sebanyak bepuas hati dengan aktiviti yang dianjurkan
 
gambar bersama pelajar Kolej AVTC di tepi dewan palma
 
 
                                      gambar semasa mengangkat barang ke tapak pameran


Tiada ulasan:

Catat Ulasan