Selasa, 19 Ogos 2014

SIMPAN DATA GAJET

Sebenarnya,ada banyak cara yang boleh digunakan untuk menyimpan atau menyalin data di dalam smartphone.
Telefon pintar atau smartphone juga beroperasi seperti PC atau Laptop.Semakin lama digunakan,data di dalamnya semakin bertambah.Akhirnya,akan timbul keperluan untuk menyimpan atau memindahkan data tersebut apabila storan dalamannya penuh.Atau,pengguna hendak menukar smartphone lama dengan yang baru.Bgi mengatasi isu ini,ada  banyak cara boleh yang boleh digunakan seperti di bawah ini,
  1. Kebanyakan smartphone hari ini dilengkapi kad memori microSD sebagai storan ini.Kemudian,storan in boleh dikeluarkan serta data di dalamnya boleh disalin.
  2. Thumbdrive serasi OTG(On-The-Go) boleh menyimpan data di dalam smartphone.Storan ini biasanya ada port USB micro untuk dipadankan pada smartphone dan USB jenis standart untuk dipalamkan pada PC/LAPTOP.
  3. Bagi storan yang tidak memiliki port USB mikro(contohnya kad memori SD,thumbdrive, biasa dan pemacu keras (HDD) luaran,sebuah kabel/adapter yang serasi OTG boleh digunakan sebagai sambungan perantaraan.
  4. Pemindaan data dari smartphone (meliputu data dalam kad memori) ke PC/Laptop juga boleh dibuat melalui kabel USB.Sementara aplikasi (app)  snapPea, memudahkan pemindahan data untuk smartphone jenis android.
  5. App percuma seperti TeamViewer juga boleh digunakn untuk menyalin data di dalam smartphone kedalan PC/Laptop secara jarak jauh.Pemindahan data ini boleh dibuat melalui sambungan internet seperti WIFI atau 3G.
  6. Data di dalam smartphone juga boleh disimpan dalam storan awan (cloud) seperti Google Drive,one drive dan Dropbox atau salin ke dalam peranti NAS (Network Attached Storage) melaui internet dan aplikasinya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan