Selasa, 8 April 2014

perbezaan dan fungsi

 Perbezaan di antara setiap versi dalam perisian hamparan elektronik.

·         Perisian MS Excel
Microsoft excel 2007 merupakan satu aplikasi spreadsheet (lembaran kerja) yang paling popular digunakan untuk membantu dalam pengiraan biasa, pengiraan berformula, menganalisa data dan mudah mengolah data dalam bentuk graf. Secara asasnya, excel mempunyai 3 lembaran kerja (worksheet) yang diwakili oleh tab lembaran kerja di bawah tetingkap. Excel mempunyai kolum menegak dan baris melintang. Kolum menegak di wakili dengan abjad A,B,C dan seterusnya. Manakala baris melintang diwakili dengan nombor 1,2,3 dan seterusnya. Ruang pertindihan antara kolum dan jalur dikenali sebagai sel.

Microsoft excel juga mempunyai butang Office yang sama seperti Microsoft Word. Bahagian ini telah diterangkan di dalam Bab 1. Perbezaan antara lain adalah di bahagian Ribbon nya.

·         Perisian openoffice calc

Openoffice.org merupakan satu pakej aplikasi yang menyediakan pelbagai ciri-ciryang memenuhi kehendak semasa. Kebanyakan komponen dalamOpenoffice.org mirip kepada Microsoft office namun masih terdapat perbezaan antara dua perisian ini. Antara perbezaannya ialah Openoffice.org boleh ditulis secara langsung dalam fail PDF.

         Fungsi Perisian Hamparan Elektronik.

Perisian hamparan adalah perisian untuk membuat analisa, perhitungan, perancangan dan permodelan matematik dalam komputer. digunakan untuk mencipta model berasaskan matematik dan lain-lain aktiviti perniagaan. Perisian ini dapat menggantikan kertas hamparan kerja,. kalkulator Contoh : Quattro Pro, Lotus 1-2-3, Microsoft Excel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan