Hai? My name is NURUL SYAFIKA BINTI JAAFAR I just Finish on my study at Lahad Datu Colllage Vocational In ICT course still 20 years old hope you are enjoy to read my Blog Thank You :)
Selasa, 8 April 2014
Jenis Perisian
Hamparan Elektronik (Spreadsheet)
- Perisian ini membolehkan pengiraan dilakukan dengan pantas dan tepat kerana ia berkeupayaan melakukan pengiraan secara automatik pada lajur dan baris apabila nombor-nombor ditukar.
- Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti boleh melakukan pengiraan automatik, boleh menganalisa dan merancang perniagaan serta berupaya menterjemah data ke dalam bentuk grafik/data.
- Kegunaan awam seperti dapat menyimpan data belanjawan persendirian yang melibatkan pengiraan yang kompleks dan dapat menghasilkan output samada dalam bentuk elektronik ataupun bentuk cetakan.
- Kelebihan perisian:
o mencipta, menyimpan, memadam atau mengedit rekod
o menyusun dan menyisih rekod
o membuat pengiraan matematik, statistik, kewangan dan kejuruteraan berdasarkan formula.
o memeaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta
- Contoh: Microsoft Excel, Lotus 123 dan FoxPro
Perisian Persembahan (Presentation)
- Perisian ini membantu pembina membuat persembahan dengan mengabungkan unsur animasi, audio, video dan grafik bertujuan untuk menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan.
- Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti digunakan untuk mempersembahkan/membentang data dan idea kepada pelanggan atau orang awam. Elemen persembahan mungkin terdiri datipada teks, jadual, lukisan klip, gambar atau grafik niaga.
- Kelebihan perisian:
o menarik minat penonton/pengguna
o memberi motivasi kepada penonton/pengguna
o mudah difahami oleh penonton/pengguna
- Contoh: Microsoft PowerPoint, Harvard Graphic dan Lotus Freelance.
Pelayar Internet (Browser)
- Pelayar web adalah aplikasi untuk melayari internet. Ia menterjemahkan bahasa-bahasa pengaturcaraan web kepada antaramuka grafik yang dapat dipahami pelayar internet.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan